Guestbook

fOlLoWeRs

March 29, 2010

Sekeping Surat Gila

Share
kisah nie aku baca dalam buku "Kompilasi Kisah Jenaka". aku terjumpa la satu kisah nie...tajuk dia sekeping surat gila....ceritanya cam nie...

Sewaktu Dr. Zainuddin sedang memeriksa sebuah beg yang dibawa oleh seorang pesakit mental di biliknya, tiba2 dia terpandang sepucuk surat yang berlipat cantik dalam sekeping envelope. pesakit mental itu merupakan seorang pemuda. khabarnya sewaktu normalnya bekerja sebagai seorang juruterbang. akibat putus cinta, dia terus jadi gila.dengan segera Dr Zainuddin menarik keluar surat tersebut. surat itu berbunyi begini :

Buatmu kekasihku yang berada di langit,
dalam kesuraman warna lembayung ketika 7 bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba2 aku terkenangkan eureka nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. kehadiran kamu bersama molekul2 oksigen dan karbon dioksida telah menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. dan kehadiranmu itu juga telah mengajar aku erti rindu gelora dan benci membara.
kamu juga telah mengajar aku erti cinta, mengenalkan aku kepada singa laut, beruang kutub, penguin, kambing, salji, mee rebus, cendol, tong sampah, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.kala itu, kita bagaikan nobita dan sizuka. kamu dan aku umpama siti sarah dan jamal abdillah yang tidak dapat dipisahkan.
malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet marikh itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak ayam di thailand kerana penyakit selsema burung. kamu pergi juga ketika kuala lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan komanwel 1998.
sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada masalah jerebu akibat penebangan hutan rimba untuk tujuan pertanian secara besar2an di pulau sumatera, indonesia. pemergian kamu menyebabkan aku mengidap penyakit SARS dan kencing manis secara mengejut. ketiadaan kamu di sisiku memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.
aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. aku bagaikan planet saturn yang telah tergelincir dari orbit dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke tengah malam. seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap didalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang runcing bagai sembilu tajamnya.
menara cinta yang kita bina dari bunga2an yang dipetik secara haram di taman botani, putrajaya akhirnya musnah berkecai setelah kamu berpaling tadah. ternyata sikap kamu mulai berubah bila malaysia melancarkan satelit MEASAT - 1 ke ruang angkasa raya. sejak itu kamu sering melarikan diri bila terserempak dengan aku. akhirnya aku menyedari bahawa diriku tidak diperlukan lagi. sejak kamu tiada, aku sering menyendiri berbual2 dengan pokok mempelam di belakang rumahku untuk mengisi masa lapang.
kadang2 aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. saban hari aku termenung di tepi peti sejuk mengenangkan diri kamu yang entah ke mana menghilang. aku cuba bermain badminton sambil makan kueteaw goreng untuk melupakanmu, tetapi aku tidak berdaya. lalu aku membakar sampah di merata2 tempat dan membelasah 4 ekor anak anjing rakan karibku yang bernama rajagopal sebagai tanda aku telah kecewa.
mengapa? mengapa sayang? mengapa ini semua bisa terjadi? mengapa setelah kamu mencuri hatiku, kamu rompak cintaku lantas kamu bunuh cintaku sehingga kamu terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni2 batu yang kamu timpakan di atas belakangku.
derita yang kamu ciptakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untukku tanggung bagaikan mendukung 92 ekor kuda liar dan 428 ekor tenok liar. dan kini segala harapanku telah hancur berkecai bagaikan gelas kaca terjatuh dari menara berkembar petronas di kuala lumpurdan dihempap oleh KLCC lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula oleh komuter hingga aku hancur lumat.oh!terlalu berat dugaan yang aku tempuhi kini.
kini segalanya telah pun berakhir. aku sedar siapa aku. aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera. aku bukannya mcgyver,mcd,superman ataupun jet li. aku juga bukanlah ultraman seperti yang kamu suka itu. aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan duit. tidak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi basi dan handphone yang kugenggam ini telah lemah baterinya.
segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk anak patung hello kitty telah pun aku cincang untuk dibuat makanan anai2. walaupun segalanya telah pun berakhir, di sini, di atas pokok mempelam di belakang rumahku ini aku tetap menunggu kamu. aku tahu, kamu akan kembali juga kepadaku suatu hari nanti.
selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah the mall, selagi ada kedai terompah di sekitar petaling street, selagi kumpulan raihan tidak berpecah, selagi itulah aku akan tetap menunggumu sehinggalah mentari terbit waktu malam.
namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia2 belaka. akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepada mu. kamu nak tak?




memang sah la orang yang tlis surat nie gila...
haaaa...korang jangan ikut plak..

2 comments:

sila komen kat sini yerrr...