Guestbook

fOlLoWeRs

March 31, 2010

Make Up Tutorial

Share
assalamualaikum....
salam 1 malaysia
(semangat nie weh)

entry kali nie aku nak cite pasal make up
banyak gak benda yang aku xtau pasal makeup
even aku sndiri pun jarang makeup kan...

so aku ada la wat survey pasal makeup nie...
aku nak ucap terima kasih kepada encek google yang telah menaja gambar gambar nie....
tq tq...

aku xmao celoteh panjang lagi
aku tau korang suma dah x sabar nak tengok kan cara makeup...
jom la kita layan....





MAKE UP 1 :


aku rasa gaya makeup nie sesuai untuk orang2 yang bermata sepet aka kecik
xmao2...
jom kita layan pic lain




MAKE UP 2 :

cara makeup nie agak cute
aku suka juga...




MAKE UP 3 :

Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan
makeup nie aku rasa sesuai untuk young generation....hehehhe
cantek cantek....





MAKE UP 4 :




haaaaaaaaa...
yang nie aku paling suka
nampak mata lebih besar
tapi....
sesuaikah ngan mata aku yang kecik n sepet nie?????
sob sob sob..
sedih seketika...hehhehe

ok la...
2 saja untuk tutorial make up untuk kali nie
kita bertemu lagi di lain rancangan
pada hari dan waktu yang sama...

BUBYEEEE!!!!!

March 29, 2010

Sekeping Surat Gila

Share
kisah nie aku baca dalam buku "Kompilasi Kisah Jenaka". aku terjumpa la satu kisah nie...tajuk dia sekeping surat gila....ceritanya cam nie...

Sewaktu Dr. Zainuddin sedang memeriksa sebuah beg yang dibawa oleh seorang pesakit mental di biliknya, tiba2 dia terpandang sepucuk surat yang berlipat cantik dalam sekeping envelope. pesakit mental itu merupakan seorang pemuda. khabarnya sewaktu normalnya bekerja sebagai seorang juruterbang. akibat putus cinta, dia terus jadi gila.dengan segera Dr Zainuddin menarik keluar surat tersebut. surat itu berbunyi begini :

Buatmu kekasihku yang berada di langit,
dalam kesuraman warna lembayung ketika 7 bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba2 aku terkenangkan eureka nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. kehadiran kamu bersama molekul2 oksigen dan karbon dioksida telah menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. dan kehadiranmu itu juga telah mengajar aku erti rindu gelora dan benci membara.
kamu juga telah mengajar aku erti cinta, mengenalkan aku kepada singa laut, beruang kutub, penguin, kambing, salji, mee rebus, cendol, tong sampah, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.kala itu, kita bagaikan nobita dan sizuka. kamu dan aku umpama siti sarah dan jamal abdillah yang tidak dapat dipisahkan.
malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet marikh itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak ayam di thailand kerana penyakit selsema burung. kamu pergi juga ketika kuala lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan komanwel 1998.
sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada masalah jerebu akibat penebangan hutan rimba untuk tujuan pertanian secara besar2an di pulau sumatera, indonesia. pemergian kamu menyebabkan aku mengidap penyakit SARS dan kencing manis secara mengejut. ketiadaan kamu di sisiku memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.
aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. aku bagaikan planet saturn yang telah tergelincir dari orbit dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke tengah malam. seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap didalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang runcing bagai sembilu tajamnya.
menara cinta yang kita bina dari bunga2an yang dipetik secara haram di taman botani, putrajaya akhirnya musnah berkecai setelah kamu berpaling tadah. ternyata sikap kamu mulai berubah bila malaysia melancarkan satelit MEASAT - 1 ke ruang angkasa raya. sejak itu kamu sering melarikan diri bila terserempak dengan aku. akhirnya aku menyedari bahawa diriku tidak diperlukan lagi. sejak kamu tiada, aku sering menyendiri berbual2 dengan pokok mempelam di belakang rumahku untuk mengisi masa lapang.
kadang2 aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. saban hari aku termenung di tepi peti sejuk mengenangkan diri kamu yang entah ke mana menghilang. aku cuba bermain badminton sambil makan kueteaw goreng untuk melupakanmu, tetapi aku tidak berdaya. lalu aku membakar sampah di merata2 tempat dan membelasah 4 ekor anak anjing rakan karibku yang bernama rajagopal sebagai tanda aku telah kecewa.
mengapa? mengapa sayang? mengapa ini semua bisa terjadi? mengapa setelah kamu mencuri hatiku, kamu rompak cintaku lantas kamu bunuh cintaku sehingga kamu terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni2 batu yang kamu timpakan di atas belakangku.
derita yang kamu ciptakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untukku tanggung bagaikan mendukung 92 ekor kuda liar dan 428 ekor tenok liar. dan kini segala harapanku telah hancur berkecai bagaikan gelas kaca terjatuh dari menara berkembar petronas di kuala lumpurdan dihempap oleh KLCC lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula oleh komuter hingga aku hancur lumat.oh!terlalu berat dugaan yang aku tempuhi kini.
kini segalanya telah pun berakhir. aku sedar siapa aku. aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera. aku bukannya mcgyver,mcd,superman ataupun jet li. aku juga bukanlah ultraman seperti yang kamu suka itu. aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan duit. tidak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi basi dan handphone yang kugenggam ini telah lemah baterinya.
segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk anak patung hello kitty telah pun aku cincang untuk dibuat makanan anai2. walaupun segalanya telah pun berakhir, di sini, di atas pokok mempelam di belakang rumahku ini aku tetap menunggu kamu. aku tahu, kamu akan kembali juga kepadaku suatu hari nanti.
selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah the mall, selagi ada kedai terompah di sekitar petaling street, selagi kumpulan raihan tidak berpecah, selagi itulah aku akan tetap menunggumu sehinggalah mentari terbit waktu malam.
namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia2 belaka. akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepada mu. kamu nak tak?




memang sah la orang yang tlis surat nie gila...
haaaa...korang jangan ikut plak..

March 28, 2010

jalan-jalan ke kulim

Share
date : 28032010
place : everywhere
mood : sakit perot :)

assalamualaikum!!!!

dah lama rasanya aku x hupdate blog nie...dah banyak sesawang tumbuh kat cnie...sungguh kasihan :(xpa sekarang aku dah start ber-blog!!!
muahahahaha!!!friday yang lps aku n my famili telah ke kulim melawat kak ipaq aku yang baru bersalin...
anak ke-5, anak perempuantapi nama x letak lagi sbb xtau nak letak nama apa...
bleh cam 2???sekarang kan orang suka letak nama ala-ala mat saleh gitu...auwwww!!!
up 2 u lah...
jom kita layan pic2 nie...

mak n anak buah aku berusaha gigih mengambil buah mempelam atau nama saintifiknya buah mangga....hahahha
anak buah aku suka bangat makan ini buah...
(kawasan depan rumah aku)


pemandu....
(ayah aku la wei)


time nie otw nak p kulim
banyak pemandangan sawah padi...


sign board menunjukkan kami dah sampai di kawasan tol...
ye ye dah nak sampai...


ha tengok dah nak sampai kulim..
kalau ikut sungai dua lagi cepat samapai :)


akhirnya sampai juga aku n famili kat umah abangku..
susah gak nak cari umah dia sebab dia baru berpindah ke umah baru...
haishhhhhh...
suka pindah-randah betoi abang aku nie...kat bawah nie pic2 baby...
xda nama :)

with maksu...

with maktok...
cucu mak yang ke brapa ntah aku pun x ingat...

nie aku ok...
korang jangan wat xtau...
aku lempang kang!!!

korang tengok ayah aku merangkap pemandu sampai tertido kerana keletihan
cian ayah aku...


samapi nak dekat malam kami dok kat sana
di sebabkan kak ipaq aku terpaksa ke hospital kerana anak buah aku terkena kuning
kami pun bersiap2 untuk pulang...
hope anak buah aku cepat sembuh...
amin!!!
otw nak balik ke alor star jalan memang jamm gila
tambah pulak orang balik dari tempat keja..

hujan plak agak labat...
sungguh risau..

sungguh boring kerana jalan jamm...

2 saja yang aku nak hupdate tuk kali nie...
ada banyak g benda nak update
korang tunggu tau...

dadaaaaaaaaa!!!


March 17, 2010

i need a high heel!!!

Share
date : 17032010
time : 1014am
place : everywhere
mood : hangat2 tahi ayam...wakaka








salam 2 all readers!!!
pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada hencek google yang baik hati telah menaja gambar kasut bertumit tinggi di atas...

kedua sekali aku ingin memberitahu korang suma yang aku sekarang nie tengah mencari kasut bertumit tinggi tersebut...

tapi...
perasaan sungguh hampa kerana sampai sekarang aku belum menemui kasut bertumit tinggi tersebut...
alangkah sedihnya perasaan aku ini...
(ehhhh...ayat apa aku guna nie...geliii...)
kepada para pembaca blogku sekalian,
sekiranya kalian suma ternampak,terjumpa,ter.....
sila memberitahu saya secepat yang mungkin....TAHU!!!!

tapi aku xmo la color merah
aku nak color krim okeh...
diulangi KRIM....

ok...

papai!!!


March 04, 2010

Tips Untuk Menambahkan Berat Badan :)

Share

entry kali nie aku nak cakap pasal penambahan berat badan...

biasanya orang lain sibok2 nak turunkan berat badan tapi aku tau ramai orang kat luar sana nak tau macam mana nak tambah berat badan...

kat bawah nie ada tips untuk rujukan korang suma....

jom tengok!!!

Berikut adalah tips menambah berat badan yang sehat :

  • Tambahkan makanan dan minuman yang banyak mengandung karbohidrat, protein tinggi. Seperti minum satu gelas susu setiap pagi, makan telor setengah masak. Hindari makanan yang banyak mengandung lemak.
  • Makan suplemen yang dapat menambah nafsu makan. Tentu saja suplemen yang baik dan sehat.
  • Menambah pola makan. Biasa 1 hari makan 3 kali tapi untuk tambah berat badan makan 5-7 kali setiap hari dengan jumlah yang lebih sedikit dari yang tiga kali sehari.
  • Dengan menambah vitamin yang lengkap untuk tubuh kita.
  • Tetaplah melakukan olah raga cukup. Kerana olah raga yang cukup dapat membakar lemak yang ada di tubuh anda.
ok, tu saja tips untuk kali nie. kita bertemu lagi di lain rancangan....

SEKIAN, TERIMA KASIH!!!

March 03, 2010

Upload pic lama...

Share

ari nie terajin plak nak update sesawang yang dah bersawang nie...
belek2 kat pendrive tengok ada pic lama2 yang dah basi
saja nak upload gak n nak cita pasai pic lama2 nie...
pic2 nie time kawen muazah
seronok tengok...
dah ramai pun kawan2 aku yang dah kawen
boleh bilang berapa orang ja lagi yang tak kawen
termasuk la aku
sob sob sob (sedih la kunun2)
jom la kita layan pic2 nie dulu nanti aku sambung cita balik...nie muazah n her husband
muka pun lebih kurang ja...
nampak sangat pengantin lelaki memang tak reti dok diam
hahahha

nie pengantin pompuan ye tuan2 bukan pom2 girl k
sangat suka makeup dia
sangat neutral n cantik
nie time pas akad nikah

tapi aku suka sangat pic nie!!!!

aku pun tak paham pic nie
ntah tengah buat apa
buat2 sibuk agaknya
atau pun penyibok????
no komen...


owh!!!
nie pengantin dengan kakak aku yang sulung
tengok ja cam muda tapi dah tua sebenarnya
hahahah

apa pun aku suka sangat ngan make up dia
n ramai kengkawan yang mai kenduri muazah termasuk la kawan2 time sekolah rendah dulu
sangat besh hokeh!!!!


Keesokan harinya...

Share
date : 03032010
place : ppak

time : 1028am

mood : suam2 kuku,hahha




salam to all readers...
macam la orang baca aku punya blog :(

ari nie pun aku buat benda yang sama macam kemarin
kerana apa???
kerana kebosanan...
motip???
malas nak buat keje, wakaka...

tapi
ada yang berbeza dari kemarin
apa???
baju aku bertukar la ngokkkk...
nasib baik bertukar klo tak memang ada samting wrong la kan...
(BI aku dah semakin teruk!!!!)

korang tak percaya aku tukar baju ek???
korang tengok kat bawah nie....
nie aku nak marah nie...
aku cakap btoi2 tak percaya!!!!


sekarang baru korang percaya kan...
nasib baik aku ada bukti
hahahahha
pic kat atas nie kira ok lagi la
tapi yang kat bawah nie dah start dah aku punya perangai
sampai bf aku sendiri cakap aku kadang2 tak betol...
waaaaaaaaaa
sampai ati cakap aku cam 2 tau...
tapi tak pe aku tatep sayang bangat kat dia...
lap u lah!!!


abaikan buku yang banyak2 kat blakang aku tu
aku memang suka baca buku
hahahha
aku tipu okeh :)

dah dah dah
aku nak sambung keja nie
malas nak layan korang semua!!!!




DADDAAAAAAA!!!

March 02, 2010

Kenapa Boring???

Share
kenapa boring???
ntah, aku pun x tau kenapa...
terasa boring plak ari nie
x tau nak wat pa

pas mesyuarat bersama jabatan tadi
masuk ja opis mls nak wat keja
tengok2 gak kot2 ada benda leh buat
tapi..........
keja x jalan pun

fikir punya fikir
last sekali benda nie yang aku buat

HHHAAAHHHH!!!!!

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

scroll lagi

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!




nie yang aku buat
hahaha
amek pic

memang dah lama tak tangkap gambar pun
so
masa boring2 nie la aku nak amek gambar...

ok
jumpa di entry lain

...bubyeeeee...