Guestbook

fOlLoWeRs

May 06, 2010

Kenapa Kita Diuji Oleh Allah S.W.T.????

Share
Kenapa kita diuji? Kenapa setengah orang cepat berputus asa apabila menerima sesuatu musibah? Sedangkan semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya dalam kalangan manusia.  Kita sepatutnya bersyukur sekiranya ditimpa ujian kerana sebenarnya Allah sedang menilai kita untuk diberikan kita syurga, ganjaran yang tiada tandingan.  
Firman Allah dalam Al– Kahfi:7


“…sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…”

Allah tidak akan membiarkan manusia diuji di luar batasannya. Allah tahu bahawa kita mampu untuk memikulnya. Oleh itu, janganlah kita menolak kepercayaan yang diberikan oleh Allah kepada kita dengan berasa putus asa dan cepat mengalah .

Firman Allah lagi di dalam surah al-Baqarah:286

Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

Allah tidak sesekali meninggalkan hambaNya. Allah tahu kehendak manusia oleh sebab itu Allah telah menasihati kita serta memberi garis panduan bagaimana untuk menghadapi ujian itu sendiri. dalam surah Yusuf: 187

..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”

Kesimpulannya, tabah dan sabarlah menempuhi kehidupan ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian buat kita. Seindah atau seburuk mana pun kehidupan dan dunia di mata kita, akhirat jualah tempat kembali. Jadi, anggaplah ujian sebagai jalan untuk kita menuju syurganya.

p/s : macam2 dugaan sekarang nie....


No comments:

Post a Comment

sila komen kat sini yerrr...