Guestbook

fOlLoWeRs

September 26, 2010

jamuan aidilfitri ppak 2010

Share
assalamualaikum...
dah lama x taip kat blog nie
asyik copy+paste ja

sabtu lepas lebri ada buat jamuan aidilfitri
bukannya selalu...setahun sekali ja
macam2 gerai yang ada
boleh makan sampai kenyang
yang makan sampai x larat nak bangun pun ada...hahhahaha

mula aku ingat nak col pakcik yg buat baju raya aku x siap 2 nak suh dia siapkan
tapi bila pikir balik aku kena tengking ngan dia ari 2 terus x jadi
so aku pakai la baju mana yang ada
kalau x silap aku baju tu 2,3 tahun lepas kot
lamanya...kesian aku kan

aku sampai lambat pagi 2...yela aku kena jaga bahagian pendaftaran
sepatutnya kena ada dalam 9.30am cam 2 aku sampai dah nak dekat kol 10.00am
kelam kabut jalan sampai kena tegur ngan org tu suh jalan slow2 ckit
hahahha
bukan apa dia takut aku jatuh tersungkur ja...kasut pakai tinggi sangat :)

gambar pembukaan :)

kena jaga bahagian pendaftaran
kelam kabut sikit time nie sebab ramai sangat nak mendaftar
bukan nak mendaftar sangat sebenarnya...nak amek nama tuk cabutan bertuah 
hehhehehehe

meja vip
orang besar2 ja dok kat sini
orang kecik2 dok kat lain k


antara vip yg hadir
dr. zahidi, yb dr. hamdan n en. hashimi

suasana jamuan
masing2 makan x hengat kan

hadiah2 cabutan bertuah yang bakal dimenangi...
aku suka :P

kenapa sate nie sedap sangat eh???

tengah bergosip apa aku pun xtau....


harap2 tahun depan buat lagi lah yeeeee....hihiihihih









p/s : babai...

jodoh itu ketentuan tuhan

Share
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.  Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

September 19, 2010

30 perkara perempuan x sempat g tau lelaki...

Share
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

 22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 27. Senjata wanita adalah airmata!!

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.











p/s : saja nak share ngan korang ja...

aidilfitri 2010

Share
raya tahun nie best gak la
sebabnya aku beraya kat semua umah sedara mara
tapi yang x best aku xda baju raya
aku rembat ja baju raya 2 3 tahun lepas
sedih tau...
sampai hati tailor tu wat aku cam nie kan

semua famili aku balik tahun nie
dapat berkumpul ramai2
syok ooooo...
aku plak amek cuti sampai seminggu
motip???
sebab malas nak p keja
hakhakhak
ari jumaat lepas umah aku ada wat open house
ramai sedara yang datang
meriah tol


malas dah nak menaip
so layan pic je la...


budak tembam ngah tido









p/s : babai







September 08, 2010

pengunjung yang berkunjung ke blog aku...

Share
tengok la orang yang view blog aku dari setiap ari hingga ke tiap2 bulan
x banyak sangat la weh :(
2 tandanya blog aku x glamour...sob3x




chart : now until 11.13am 08/09/2010



 chart : day



chart : month



chart : all time


see....btoi kan aku cakap
blog aku x glamor....huhuuh
nak pikir cam na nak glamorkan blog aku nie







p/s : babai...


pantun lawak hari raya untuk hampa semua...

Share
dengar nie aku nak pantun...


anak pak jusuh masa tu tengah melantak ketupat
masa pengsan tu..dia pun tercekik gigi
jap tadi nangis... pas tu start mengumpat
raya tahun depan... mintak ler maaf lagi
 
 
anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk... namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh ngorat cetty
 
 
anak mak itam si fitri tu main polis sentri
menantunyer si fatin tu main plak buai
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir sahaja... .batin tu... .issshhh... tak
sesuwaiiii!!
 
 
 
lawak tak pantun aku...lawak tak???
nie kad raya bahagian aku punya...cun x???
cari la mana 1 aku....hihihihi






p/s : ye ye!!!sok cuti....

September 07, 2010

akan ku jumpa - azfar

Share
akan ku jumpa - azfar


Ku mengatur langkahku

berjalan tanpa bayang-bayangMu

langit dan bumi setia, menemaniku

matahari menyinar tak pernah berpihak padaku

Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.


Hari berganti hari aku masih teguh menanti

Hadir diri Mu dalam hidupku ini

Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari

Namun yakinku Kau kan kutemui


ku takkan pernah cuba berhenti

langkahku mencari Cinta

Yang ku tahu hanya tuk diriku

kan ku terus cari sampai hujung dunia


kerna ku tahu akanku jumpa diriMu

dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu


kulihat semua gembira

bila mengenali erti Cinta

senyuman ku beri hanya duka

bila ingin Teman tuk berbicara


Cinta jangan sembunyi

mataku kabur mencari

hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba

untuk mengejar diriMu








p/s : sedih tengok cita kasihmu ramadhan...

September 05, 2010

selamat hari raya aidilfitri

Share

....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

dah x lama lagi kita nak sambut hari raya
tahun nie aku x da baju raya
baju yang aku tempah x siap
memang aku geram sangat sebabnya aku antar bulan jun 
sampai sekarang x siap lagi
pakcik nie wat baju aku ka x...
aku col dia tanya baju boleh plak dia tengking aku cakap baju aku x siap
hangin betoi aku
pakcik...setahun lagi nak raya aku antar kat pakcik yeeeeeeeee...
aku dah malas nak tanya pasal baju raya
nak dekat raya haji baru aku p amek
padan muka pakcik
terpaksa la aku pakai baju yang ada kat dalam almari ja...
baju yang tiap2 ari aku pakai mai keja pun ok gak
2 tandanya nak protes sebab aku bengang

kemarin langsir semua dah pasang kat umah
cuma tinggal nak simpan apa yang patut
mop lantai
cuci cermin tingkap
buang segala habuk yang ada
aku start cuti khamis nie so x banyak masa nak tolong mak aku
aku buat la apa yang boleh dulu
kesian plak kat mak aku semua dia nak buat
yang paling penting pas raya aku cuti seminggu okeh!!!
boleh tidoq puas2
boleh makan puas2
boleh jalan puas2
boleh berehat puas2
hahahahhaa








p/s : audit cepat la abes...aku dah x larat nie aku nak cuti :(




September 02, 2010

2thn sudah aku keja kat ppak

Share
ari nie genap 2thn aku keja kat ppak
dah macam2 benda aku lalui
dah macam2 orang aku kenal
dah macam2 makanan aku makan kat sini
sampai dah xtau nak makan apa
hari2 makan benda yang sama sampai dah naik muak tekak aku nie
tapi apa pun aku bersyukur sangat dengan rezeki yang tuhan bagi
alhamdulillah...

tapi yang aku risau minggu depan ada audit...
huhuhuhu
x best okeh
mood raya pun dah lari
waaaaaaaaaaa!!!!!!!!

yang paling penting aku nak p jualan gudang kat stadium sultan abdul halim
ramai orang cakap barang kat sana murah dan berbaloi2
duet????
try mintak kat bank bergerak...hihihiih
bapak aku la weh
pujuk sampai dapat gak...huh






p/s : babai........