Guestbook

fOlLoWeRs

May 31, 2010

Bersuka Ria Di Hujung Minggu Yang Hening :)

Share

May 27, 2010

Suka Sangat Lagu Nie

Share
st12


KEBESARANMU

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]

kebesaran-Mu Tuhan



aku suka sangat lagu nie
dalam lagu nie ada maksud yang btol2 buat ati aku tersentuh
huhuhuhu



p/s : lagu lain pun best gak...





May 26, 2010

GERAM!!!!

Share
aku x penah g rasa geram,meluat,menyampah dan macam2 lagi la kat orang...
ada jugak orang yang perangai macam s***n kan kat dunia nie...
malah lagi teruk aku rasa...
aku mintak biar dia menyesal ngan perbuatan dia yang jahat 2...
p m****s la wehhhh!!!



p/s : meluap2 marah dalam ati aku nie!!!

May 25, 2010

Tq Facebook Kerana Dirimu Begitu Berharga... (^_*)

Share
assalamualaikum...

tetiba ja aku jadi baik kn...hehehhe
n3 kali nie aku nak cita pasal mukabuku atau nama glamornya facebook aka fb
memang bagus la fb nie 
sebab pa?
aku leh jumpa kawan2 lama masa zaman sekolah rendah sampai la zaman kegemilangan aku waktu kolej dulu..
heheheheh
gemilang la sangat kan...
boleh tau kawan2 aku buat apa la nie...
kalau nak buat reunion pun kira ok la kan...
tapi ramai yang dah kawen n dok jauh
susah sikit la nak jumpa...
maklumlah masing2 dah ada kerjaya sendiri
bila jumpa balik kawan2 lama nie x sangka plak ada yang keja sampai ke obesi nun...
tabik spring la kat hampa semua
dahsyat oiiiii...
tapi yang paling penting perangai masing2 x berubah ubah
still sama macam dulu gak
2 yang best 2...
ada gak la yang zaman dolu2 nakal ckit sekarang dah baik dah
semua dah makin besaq kan
dah berjaya dah



hehehhehe
nie la time aku form 5 dulu
budak2 satu kelas
kelas 5 Perdana

rindu la saat nie weh!!!
aku x ingat la bila masa plak kami amek gambaq nie
background x tahan...sawah padi 2
angin sepoi2 x reti bahasa :)

dulu best sebab x yah nak pikir banyak masalah
tapi sekarang macam2 masalah kena pikir
haishhhhh...susah btoi



p/s : bleh x nak balik zaman dolu2???




May 24, 2010

Dalam Hati Ada Taman

Share


saya sangat bahagia sekarang!!!!! (^_^)

boleh x n3 pendek cam nie ja???
heheheh

p/s : tajuk berbunga-bunga...

May 23, 2010

Hujung Minggu Yang Happening :)

Share
kemarin (22052010) merupakan besday aku yang ke-25
ahakkkkss...
dah tua rupanya (*_^)
xda apa2 sambutan pun..
cuma yang best abang n kakak aku balik kampung...
best dapat berkumpul ramai2
yang lagi best kakak ipar aku selamat melahirkan anak
NUR ANISAH NAJIHAH
cute n suka nages :)
kalau x silap dah 2 bulan usia NAJIHAH
makin bertambah nampaknya anak buah aku...


 nur anisah najihah


anak2 buah aku...

nie kakak aku n anak dia amilia...
anis panggil bella
hehhhe
xda kena mengena langsung




p/s : best dapat borak2 ngan nani kemarin...rindu kat hang weh..jumpa bulan 6 nie k







May 19, 2010

Doa Untuk Kekasih

Share

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Rahsia Cinta Lelaki

Share
n3 kali nie aku nak cerita pasal rahsia cinta lelaki...



Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:
  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

May 16, 2010

Selamat Hari Guru...

Share

sempena hari guru nie aku nak wish la kat guru2 yang dah mengajar aku dari tadika smpai la time aku masuk kolej...
dorang dah banyak berjasa sebabnya dari aku xtau apa2 sampai la aku kenal ABC
boleh membaca, mengira...
guru juga sanggup berkorban untuk anak2 muridnya...
ramai gak kawan2 aku yang dah jadi guru sekarang nie...
TAHNIAH!!!






yang sebelah kiri 2 cikgu Pok
dia yang mengajar aku semasa sekolah rendah dulu...
yang lain aku x kenal...
cikgu maintain muda lagi la...
apa rahsia (*_^)




haaaaaaa...
nie pic aku n geng masa sekolah rendah dulu...
lawak ja tengok muka masing2 :P
aku pun xtau mana satu aku...
sekolah nie digelar sekolah orang putih...
xtau la plak pasai pa orang panggil cam 2
sekolah sebelah di gelar sekolah melayu...
suhairi...lain kali masuk sekolah omputih ye...
tengok hang dah x glamor
gambaq hang xdak kat sini...
kalau x silap aku cikgu nie nama fatimah kot...
dah lupa la...

haish.... teringat pulak zaman dulu
sekarang masih berhubung lagi ngan geng sekolah rendah n menengah...
2 pun nasib baik jumpa kat facebook
terima kasih mukabuku...
segala jasamu akan ku kenang...
tetiba ja kan... :)

gambar cikgu sekolah menengah xleh nak upload la pulak...
ala...muka cikgu zuhairawati xleh masuk dalam blog saya la...
hehehhe

masa sekolah menengah aku ada 2 orang kawan karib
nana (aku la 2),nanie n hanim
cikgu selalu panggil kami kembar...
(kembar x seiras :)
kalau salah sorang cuti mesti cikgu akan tanya...
"nana, mana nanu?"(panggilan untuk hanim)
"nanu cuti ari nie cikgu, dia demam"
aku pulak jawab...
cikgu nie saja tau nak usik kami...

apa2 pun aku rindu sangat zaman sekolah dulu
time belajar sama2...
gaduh ngan geng laki...
selalu ponteng kalau kelas add math...
selalu menyembang time cikgu matematik mengajar...
aku x minat matematik weh...
tapi time kelas bahasa melayu memang best...
walaupun cikgu Ku Azizan garang tapi dia lawak habes...
pernah sekali 2 cikgu ku tanya soalan kat aku tapi aku jawab salah...
x pasal2 ja dia panggil aku ke depan pas 2 dia cubit aku depan kelas...
malu gila beb...
satu kelas gelakkan aku...
pas 2 aku jalan buat bodoh ja balik tempat...
pas kelas BM abes aku kena ejek ngan budak laki...
aku ingat lagi orang yang paling kuat gelak kat aku muazah, umie n the geng...
hampeh btoi kawan2...

ada satu cerita yang cikgu Ku cerita sampai sekarang aku ingat lagi...
pagi2 datang sekolah dia akan menunggang motosikal sambil memakai cermin mata hitamnya...
ada la satu pagi 2 dia ikut belakang lori besar...
sekali lori 2 kuarkan asap itam...
abes muka dia yang itam gebu 2
bukak ja cermin mata hitam kesayangan dia 2
tengok2 kat cermin 2 bijik mata dia ja puteh yang lain semua hitam legam...
hahahha
nasib baik cermin mata 2 penyelamat kalau tidak mesti murid2 cikgu x kenal cikgu Ku Azizan... :)
cikgu memang the best la...

sekali lagi aku nak wish...

SELAMAT HARI GURU!!!







May 10, 2010

Kenapa Tetiba Aku Rasa Sedih Nie???

Share
rindu pada kehidupan dulu...
time sekolah n kolej
ramai kawan2 n sntiasa happy
aku rindu sangat2 time dolu2
nak balik cam dulu...

teringat time p shopping sama2
merendek sama2
jejalan sama2
bergaduh sama2
study sama2
makan angin sama2
mandi sama2 (*_^) (nie time takut ja mandi sama)
kekadang terdengar cerita seram la apa la...
mula la masing2 peluk x hengat...
masak sama2 (salah salah mie n inie yang slalu masak yang lain tunggu makan ja....hehehhe)
bila time besday mesti slalu wat kejutan
wahhhhhh!!!!
rindunya saat nie...

kenapa tetiba rasa sedih nie???
haishhhh...
bila nak jumpa dorang nie lagi???
rindu weh!!!



p/s : rindu kat kawan2 kolej...mie,nieda,inie,yus,na.eida,bebudak sabah....





May 09, 2010

Happy Mothers Day!!!

Share
SELAMAT HARI IBU!!!
kepada semua ibu2 di seluruh dunia
terutama kepada ibu aku
kami anak2 mak sayang mak sangat2...

pagi tadi aku ada terbaca kat paper metro pasal ibu2 yang dibuang oleh anak2 sndiri
sedih baca kisah dorang
ada anak yang buang ibu kat perhentian bas, cederakan ibu sebab dadah, tuduh ibu yang bukan2...
kenapa la ada anak macam nie kat dunia
x kesian ke ngan ibu yang melahir dan menjaga kita sampai besar???
sanggup buat ibu macam tu..
apa la nak jadi dunia sekarang...
satu hari Allah akan turunkan balasan dekat anak2 yang macam nie...


Dear Mom,

thank you mom
for every time i fell
you kissed to make it well,
thank you mom
for your caring touch
which means to me so much
you are the best
that i can see...
you are the women
i want to be...
dear mom,
you mean the world to me....

Happy Mother's Day!!!


p/s : i luv u so much mom!!!






May 06, 2010

Kenapa Kita Diuji Oleh Allah S.W.T.????

Share
Kenapa kita diuji? Kenapa setengah orang cepat berputus asa apabila menerima sesuatu musibah? Sedangkan semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya dalam kalangan manusia.  Kita sepatutnya bersyukur sekiranya ditimpa ujian kerana sebenarnya Allah sedang menilai kita untuk diberikan kita syurga, ganjaran yang tiada tandingan.  
Firman Allah dalam Al– Kahfi:7


“…sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…”

Allah tidak akan membiarkan manusia diuji di luar batasannya. Allah tahu bahawa kita mampu untuk memikulnya. Oleh itu, janganlah kita menolak kepercayaan yang diberikan oleh Allah kepada kita dengan berasa putus asa dan cepat mengalah .

Firman Allah lagi di dalam surah al-Baqarah:286

Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

Allah tidak sesekali meninggalkan hambaNya. Allah tahu kehendak manusia oleh sebab itu Allah telah menasihati kita serta memberi garis panduan bagaimana untuk menghadapi ujian itu sendiri. dalam surah Yusuf: 187

..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”

Kesimpulannya, tabah dan sabarlah menempuhi kehidupan ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian buat kita. Seindah atau seburuk mana pun kehidupan dan dunia di mata kita, akhirat jualah tempat kembali. Jadi, anggaplah ujian sebagai jalan untuk kita menuju syurganya.

p/s : macam2 dugaan sekarang nie....


May 05, 2010

Kisah Rumput Dan Orang Yang Disayangi

Share
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun ya
ng paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


p/s : sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...







Gaya Tudung Ala Syarifah Nur

Share
assalamualaikum...
kali nie nak tengok gaya tudung plak
aku memang berkenan sangat tudung macam nie...
tapi xtau la sesuai ke x ngan aku...
aku tengok orang lain pakai x kisah pun...
ada yang pakai sampai muka nampak kembang sepayung
x kisah pun...
hehehhehe


dia pakai sesuai la sebab muka dia cantik...
huhuhuhu


nie pun cantik..
nampak kemas ja pakai tudung cam nie...


p/s : hehehheheh O_o



May 04, 2010

Leggings Fashion

Share
assalamualaikum!!!
entry kali nie aku nak cita pasal legging plak...
dah lama aku teringin nak pkai legging nie tapi takut x sesuai plak
sebab aku kan pakai tudung...
jom kita tengok fesyen artis barat bergaya dengan leggings...



agak cantik bila di gaya bersama baju yang agak longgar


wahhhhh!!!
cantik cantik


memang menarik dan sopan walaupun bergaya bersama tudung
tapi kena pakai baju yang labuh la...


p/s : nak beli la legging O_o





Terasa Macam Nak Pergi Bercuti La....

Share
tetiba plak terasa macam nak pergi bercuti...
nak tenangkan fikiran...
selalu guna otak pun x elok gak O_o
otak pun perlu rehat yang cukup...
hehehhe

sapa ada cadangan nak bercuti ke mana sila angkat tangan!!!
xda sapa pun angkat tangan...sob3

bercuti kat pulau pun best gak...
leh lepak2 kat tepi pantai
hirup udara yang segar
menikmati keindahan alam...
tetiba ja jadi skema kenapa????

jom kita layan view kat PULAU PERHENTIAN


wahhhh!!!!
bestnya....lagi lagi


best la dapat tengok matahari terbenam....




haaaaaa...
nie la map kalau korang nak pergi pulau perhentian...

aku kat utara nak ke pantai timur...
agak jauh ye...
kos pun agak tinggi....huhuhuhuuh
xpa2 leh kumpul duet dari sekarang...


p/s : bila ntah dapat p sana....