Guestbook

fOlLoWeRs

April 27, 2010

Kemalangan Tidak Dapat Di Hidu (*_*)

Share
pagi tadi time aku tengah siap2 nak p keja bos aku (Cik Jawahir) call...
aku pun heran gak kenapa pagi2 dah call aku cakap teringat kat dirah...
rupa2nya kawan aku yg sorang tu xcident...
aku terkejut gak sebab pagi kemarin dia baru mai opis jumpa kami semua...

dengar kata dia xcident teruk jugak...
pergelangan tangan dia patah...
ari nie dia wat operation...
mintak2 la dia selamat dan cepat sembuh...
......amin....





kat opis ari nie dok riuh la dirah xcident...
ramai yang pakat dok tanya pasai dia...

nampaknya x bleh p johor la hang dirah...
xleh main bola jaring la kat sukan johor nanti...
xpa lain kali kita p na...



p/s : rindu kat dia, slalu wat riuh kat opis (^_^)






April 22, 2010

Sangat Suka Ini Lagu & Ini Cerita

Share
jom la kita layan pic2 nie...
dah xda benda nak membebel...




YANG TERINDAH - DAKMIE

Semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah

Maafkan jika ku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu,
merindui dirimu,
memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu...uhhh...

Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku rasa indah








memang best la cita nie
rugi aku rasa kalau korang x tengok
pelakon dia pun best2
aku sanggup balik awal sebab nak tengok cita nie
sanggup cancel apa2 program sebab ADAMAYA...
hehehhehe...

BUBYEEEEE...



April 21, 2010

Aktiviti Membeli Dan Memblah Pokok2 Bunga Di Lin Siong Garden

Share
ocation : lin siong garden, changloon (aku pun xtau tempat nie)
time : 6.15pm
mood : sangat syok okeh!!!



balik keje dorang ajak p Changloon
adik teringin nak beli pokok bunga...
so penat2 pun ikut la jugak...


jom la tengok pic nie...
xtau dah nak cita apa...




pelbagai jenis pasu bunga
korang nak yang mana pilih ja...
janji bayar
hahahhaa


sponsor tengah memilih2 pasu bunga...




macam2 jenis & design yang ada...






koleksi pokok bunga...



p/s : dah nak balik, letih lorrrrrr




Kanak2 Riang Ber-Gumbira Di Perpustakaan Awam Jitra

Share
entry kali nie agak berbeza ye tuan2
blogger bersama kanak2 tadika di Perpustakaan Awam Jitra
aktiviti mewarna dan persembahan boneka
memang sungguh meriah dengan perangai budak2 nie...

semua comel2 rasa cam nak geget2 n picit2 ja pipi dorang...

smart reader kids



masing2 tekun mewarna...


aku dengan sarah...
membantu budak2 nie mewarna




cameraman sampai tertidoq...
letih agaknya ambek gambaq banyak sangat...
abang sas jangan marah... ;P


tengok la budak2 nie colour
cam2 warna ada...


dah hampir nak siap...
chaiyok!!!!


aku dengan anak2 dara pingitan.....


aku ngan niesa membantu budak2 nie mewarna...
memang best n kelakar :P




nie plak sesi soal jawab bersama abang azwan
not azwan ali k...
time nie semua kelam kabut angkat tangan sebab nak jawab soalan n dapat hadiah...
memang meriah sangat...

lask sekali persembahan boneka
aku tak sempat nak snap pic
so tak dapat la nak tunjuk kat korang semua....


p/s : aku bukan cikgu tadika okeh!!!

April 19, 2010

Menyambut Ulang Tahun Ayah Tersayang Yang Ke-62

Share
memandangkan bulan april merupakan bulan ulang tahun ayah aku yang ke-62
kami satu famili ada la wat besday tuk ayah...
idok la besar sangat pun sambutan
setakat beli kek ja...


kami berharap agar ayah sentiasa dirahmati ALLAH
panjang umor n dimurahkan rezeki
ayah adalah ayah yang terbaik di dunia...
kami semua sayang sangat kat ayah...

p/s : kek tu aku beli tau...

April 15, 2010

Sesuai untuk mereka yang berjerawat & nak muka licin macam cik kiah :)

Share
untuk menghilangkan jerawat

  • Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.



  • Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.



  • Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.



  • Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.



  • Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.



  • Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.



  • Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.



  • Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.



    menghilangkan bintik hitam

    1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
    2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
    3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

    tegangkan kulit muka

    1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
    2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

    menghilangkan parut di muka

    1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
    2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
    3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
    4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
    5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

    kulit muka lembut dan cerah

    1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
    2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
    3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
    4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
    5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
    6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
    7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

    2 saja petua aku tuk kali nie...
    sesiapa yang nak cuba 2 boleh la ye...


    ok
    bubyeeeeee...


    April 14, 2010

    Peringatan Untuk Wanita...Renungkan

    Share
    Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W

    1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

    2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
    memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki
    mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

    3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W
    tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
    S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap
    lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".

    4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
    terlebih dahulu.

    5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah
    dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti
    (bertakwa) kepada Allah.

    6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan
    mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.

    7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan
    muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah
    S.A.W bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang
    seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua
    isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu
    tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab:
    "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

    8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang
    sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni spt perempuan zina.

    9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina
    mereka melainkan yang hina.

    10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

    11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya
    dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan
    memberi ketenangan kepada kamu.

    12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula
    kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).

    13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air,
    malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana
    ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan
    puasanya).

    14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan
    akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya
    dengan tidak dihisab.

    15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati
    suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan
    tersenyum mesra terhadap suaminya.

    April 12, 2010

    Selamat Hari Lahir Ayah...

    Share


    HAPPY BESDAY DAD!!!

    loving wishes for u dad, on your special day...
    may love and happiness be with u...
    all the way...
    also may ALLAH BLESS YOU!!!
    ...AMIN...

    11042010

    HAPPY BESDAY!!!

    April 07, 2010

    ABPBH 2009!!!

    Share
    assalamualaikum!!!
    memang aku rasa agak ketinggalan untuk mengupdate entry kali nie...
    sekitar ANUGERAH BINTANG POPULAR 2009!!!



    PENGACARA ABPBH 2009
    RAJA AZURA & SHARIFAH SHAHIRA
    memang sempoi la...




    antara pemenang...


    DATUK SITI NURHALIZA
    BINTANG POPULAR 2009!!!



    KHADIJAH IBRAHIM



    TIZ ZAQYAH & REMY ISHAK



    NOR KHIRIAH & NABIL


    AIZAT & LIYANA JASMAY


    FARAH & FAIZAL


    KUMPULAN RABBANI






    antara penyampai anugerah...



    DAVID TEO & OGY AHMAD DAUD




    PARA PELAKON ADNAN SEMPIT




    persembahan oleh...


    KUMPULAN RABBANI



    BLACK AWIE & JACLYN



    ALYAH KHADIJAH IBRAHIM & DAYANG



    KUMPULAN BUNKFACE



    AZLAN & THE TYPEWRITER



    M. DAUD KILAU



    antara tetamu yang hadir...

    MAWI & EKIN



    ZIZIE EZETTE & SUAMI






    ARTIS2


    jumpa di ABPBH 2010!!!


    BUBYEEEEEE!!!!